Sabtu, 27 Mac 2010

Qamar Bani Hashim Complete Series (Ep.1-30)



Jika anda ada kesempatan masa dan ruang, tontonilah filem Qamar Bani Hashim yang disiarkan sepanjang Ramadhan ini setiap hari Rabu hingga Ahad jam 2 hingga 3 petang di Astro OASIS. Manakala ulangan nya ialah pada hari Isnin hingga Jumaat jam 11 hingga 12 tengah malam.

Peluang yang terbaik dan berkesan bagi kita untuk menilai semula keimanan dalam diri. Jika dibandingkan dengan keteguhan aqidah Rasulullah s.a.w dan para sahabat, jauuuuuh sekali iman kita yang senipis kulit bawang ini dibahagi lagi dengan juzuk-juzuk yang lain. Allah…



Tontonlah dengan penuh penghayatan, pasti seribu satu rasa dan emosi akan menerjah keluar dari diri kita. Kalau ada 1000 senarai filem mesti tonton yang ada, filem ini adalah yang pertama!

Wahai diri, tidak akan ada Islam dalam dirimu pada hari ini tanpa perjuangan yang tiada noktah oleh golongan al-sabiqun al-awwalun itu. Mereka diseksa, dicemuh, dihina, kelaparan, terbuang, terasing semata-mata untuk mempertahankan kalimah Laa Ilaaha illalLah.. Namun, begitu mudah sekali diri ini pada ketika dan masa kini menggadaikan Islam dan iman itu terbiar begitu sahaja, malah lebih teruk lagi kita tidak langsung merasai keberhargaannya.. hanya kerana penyakit itu, yakni al-wahn.


Qamar Bani Hashim Ep. 1 - 30 (Complete Series)

1 ulasan:

amsran berkata...

salam..ohh... mcm tu..kawin ci hakim tu ako inda dpt cuti time tu aku berkursus di Terengganu...kalau inda ako sudah jadi pengapit lelaki haaa... haa.. sekarang ni baru dpt balik sini... ako di bongawan ni skrang...
apa-apa pun selamat berkenalan dan ada rezeki kita bertemu juga..