Jumaat, 20 Jun 2008

Kimiya AsSaadah (Kimia kebahagiaan)

Imam Al Ghazali

Anak Kunci Mengenal Allah

Mengenal diri itu adalah "Anak Kunci" untuk Mengenal Allah. Hadis ada mengatakan; 'Siapa yang kenal kenal dirinya akan Mengenal Allah". Firman Allah Taala; "Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda Kami dalam dunia ini dan dalam diri mereka sendiri, supaya Hakikat itu boleh terzhohir kepada mereka" (Al-Fusilat:53) Tidak ada perkara yang lebih hampir dari diri sendiri. Jika anda tidak kenal diri sendiri, bagaimana anda hendak tahu perkara-perkara yang lain? Yang dimaksudkan dengan Mengenal Diri itu bukanlah mengenal bentuk lahir anda, badan, muka, kaki, tangan dan lain-lain anggota anda itu. Kerana mengenal semua perkara itu tidak akan membawa kita mengenal allah. Dan bukan pula mengenal setakat perkara dalam diri anda iaitu bila anda lapar anda makan, bila dahaga anda minum, bila marah anda memukul dan sebagainya. Jika anda bermaksud demikian, maka binatang itu sama juga dengan anda. Yang dimaksudkan sebenar mengenal diri itu ialah;


Untuk kajian selanjutnya

Download :-
1. Rapidshare : Kimiya AsSaadah
2. 4shared : Kimiya AsSaadah

Tiada ulasan: